Assalamualaikum..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang

SalAm UkhUwaH diUcaPkN BersAmA..INSYAALLAH..

Sunday 17 April 2011

ZiNa...??..ApA iTu ZinA ???

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al- Isra` yang bermaksud :


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan jalan yang jahat."

Jelas seperti yang dinyatakan pada ayat tersebut bahawa Allah bukan sahaja melarang hambanya daripada melakukan zina, bahkan mendekati zina juga merupakan sebuah larangan. Perbuatan apakah yang mendekati zina ???

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :


"Mata dapat berbuat zina dan zina mata adalah melihat. Telingga dapat berbuat zina dan zina telingga adalah mendengar. Lidah dapat berbuat zina dan zina lidah adalah berbicara. Tangan dapat berbuat zina dan zina tangan adalah menyentuh lelaki yang bukan mahramnya."

Disebabkan syariat Islam mengharamkan perzinaan, maka segala perkara yang menyebab manusia boleh terjerumus ke lembah perzinaan juga adalah HARAM !!!!!


Pecahan - pecahan ZINA....

1. Memandangkan mereka yang bukan mahram dengan pandangan nafsu adalah ZINA MATA,
2. Mendengar suara lembut mereka dengan nafsu adalah ZINA TELINGGA,
3. Berjalan berdekatan dengan mereka (bukan mahram) atau pergi ke tempat pertemuan adalah ZINA   KAKI,
4. Berkhayal tentang kekasih dengan perasaan sayang adalah ZINA HATI,
5. Mencium mereka (bukan mahram) adalah ZINA MULUT,
6. Menyentu mereka (bukan mahram) adalah ZINA TANGAN walaupun BERLAPIK.

Renung - renungkanlah, walaupun kita semua tidak pernah berzina, pernah kita semua melakukan salah satu daripada pecahan - pecahan zina di atas???
Jika " YA", anda belum terlambat untuk bertaubat sehinggaMalaikat Izrail datang menjemput kita semua !!!!

Saturday 16 April 2011

SiaPAkah KeKasIH Yang TercInta Itu?

Tiadalah hawa nafsu
kecuali selalu memperturutkan apa yang dibinasakan
oleh yang bersangkutan
Jika diperturutkan kemahuannya, ia akan ketagih
dan jika tidak, ia tidak menuntut.


Apakah engkau telah melihat diri sendiri dan bertanya seberapa besar engkau mencintai Rasulullah  s.a.w???


Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan apa yang telah dilarangkan???

Perhatikan kembali perasaan kita semua dan arahkanlah perasaan kita semua mula - mula kepada Allah s.w.t. dan kemudiah kepada Rasulullah s.a.w. yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Seorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya.
( Hadis Riwayat Al - Bukhari)

Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang itu kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan pleh baginda. Jadi, bagaimana seseorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah s.a.w., sementara dirinya sendiri melakukan perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w., tidak mengikut Sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawa oleh baginda s.a.w.

 Oleh itu, marilah kita semua renugkan apa yang diperkatakan.Apakah diri kita ini sudah mencintai Allah dan Rasulnya dengan penuh rasa cinta???.Jika tidak, buanglah segala rasa cinta kita kepada manusia yang tidak sempuna termasuk saya.

Wabilahitaufiqwalhidayah, wasalamualaikum w.b.t...

Wednesday 13 April 2011

Wanita yang melawan penindasan

Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.

Perhatikanlah nash-nash syari`at yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


Dan Allah membuat isteri firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
(Surah Ath - Tahrim: Ayat 11)

Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Aisyah r.a) sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah?
Kenapa Allah menjadikanya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin dapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memili tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya. Firaun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani semua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang  lebih kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, dimana keteguhan dan kejujuran telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al- Quran. serta menyangjung perbuatanya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah.

Sunday 10 April 2011

9 gadis yang tidak dinikahi lelaki

1. GADIS PENCEMBURU


Pencemburu adalah sifat yang paling utama yang dihindari oleh para pemuda daripada menjadi calon isteri mereka.Cermburu disini bermakna keraguan.Para pemuda itu menuntut adanya sebahagian sifat cemburu yang memperkuatkan ikatan cinta, akan tetapi  mereka menolak ketidak percayaan yang menimbulkan petaka dalam kehidupan rumah tangga.Mereka inginkan kepercayaan daripada isteri dan tidak suka jika mereka perlu mencerita atau atau mengungkap setiap langkah yang dilaluinya.

2. GADIS EGOIS


Gadis yang egois adalah gadis yang ingin berkuasa, inginkan daripada suaminya segenap kecintaan, ketundukan dan kepasrahan hanya kepadanya saja. Dia akan marah jika melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain dirinya.

3. GADIS DERHAKA


Gadis yang derhaka ialah gadis yang tidak redha dengan kehidupannya. Dia sentiasa membangkang suami dan menggerutu tentang segala sesuatu.

4. GADIS YANG CUAI DAN BODOH


Gadis ini sememangnya tidak layak menjadi seorang isteri. Dia sama sekali tidak menaruh perhatian kepada suaminya dan tidak juga pada rumahnya. Dia tidak berusaha memenuhi keperluan suami atau permintaannya.

5. GADIS YANG KEANAK-ANAKAN


Gadis yang keanak-anakan sentiasa bergantung pada ibunya dan terus terikat denganya serta bersandar kepadanya  dalam segala hal. Dia tidak bertindak dengan malu, tidak mampu memikul tanggungjawab. Kebanyakannya, ibunyalah yang memberikan keputusan dan berkuasa pada seluruh urusan rumah tangga.

6. GADIS YANG MENINGGALKAN TUGAS RUMAH TANGGA


Kebanyakan gadis seperti ini adalah gadis yang bekerja(wanita berkerjaya). Tetapi ada perbezaan antara isteri yang bekerja dan isteri yang pergi meninggalkan tanggungjawab rumah tangga.

7. GADIS YANG LEMAH

Seorang gadis yang lemah biasanya pasrah terhadap keadaan di sekitarnya sama ada terhadap keluarga atau teman-temanya. Dia sangat lemah untuk mengambil keputusan dengan dirinya sendiri, tidak berusaha mengadakan musyawarah atau mengemukakan pendapat apa-apa pun.

8. GADIS YANG WAS-WAS

Gadis seperti ini akan menggambarkan suaminya dengan gambaran yang terburuk.

9. GADIS YANG SYOK SEMPURNA

Gadis yang seperti ini bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu yang benar dan terlalu berlebih-lebihan di dalamnya sehingga si suami dan orang-orang yang tinggal di sekitarnya terkadang merasa sesal. Sifat seperti itu membuatkan fanatik buta dalam kehidupan rumah tangga.

Sunday 3 April 2011

SINGKAT VS LABUH

Assalamualaikum w.b.t..

Disinilah peluang saya untuk menasihati kaum wanita dari segala aspek insyaallah..
Hari ini saya ingin mengaplikasikan pakaian kaum hawa..

Kaum Hawa perlu menutupkan auratnya kerana auratnya adalah makhtota bagi dirinya..

Seseorang kaum hawa itu tidak sah jika memakai tudung yang mendedahkan dada pada bahagian dan juga belakang.Tudung yang perlu dipakai oleh kaum hawa itu perlu labu sehingga menutupi keseluruh dada pada bahagian depan dan belakang.Sebaiknya bahagian tepi juga perlu dilabuhkan sehingga ke paras bawah dada untuk mengelakkan masalah terselak ketika melakukan pergerakan atau ditiup angin mungkin.

Selain itu,lengan  bawah baju yang terdedah juga merupakan aurat, meskipun yang terdedah itu hanyalah sedikit ianya dikira aurat.FAHAM wahai KAUM HAWA.Baju yang perlu dipakai hendaklah lengan bajunya labuh sehingga ke pergelangan tangan dan juga sehingga menutupi punggung dan peha.Kaki juga menjadi aurat bagi setiap kaum hawa itu.

Allah S.W.T. telah berfirmah didalam Surah Al-Ahzab : 59.Yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu & anak-anakmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).Cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai wanita yang baik-baik).Maka dengan itu mereka tidak diganggu oleh dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

SEKIAN TERIMA KASIH UNTUK HARI INI WAHAI KAUM HAWA SEKALIAN...
JIKA ADA KESALAHAN..HARAP DIAMPUNKAN KERANA SAYA JUGA MANUSIA BIASA..
INSYAALLAH..AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...