Assalamualaikum..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang

SalAm UkhUwaH diUcaPkN BersAmA..INSYAALLAH..

Sunday 21 August 2011

TandA- TandA MalAm LaiLAtul QadaR,,!!

Pesan junjungan besar nabi muhammad (selawat dan salam keatas baginda)adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 25 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Saturday 9 July 2011

keButaAn Yang SesUnggUhnYa AdaLAh ButaNya HatI

Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun ia sangat bahagia bersama isterinya yang menyintainya dengan tulus, anaknya yang berbakti, dan seorang sahabat yang sangat juju. Satu-satunya yang mengurang kebahagiaanya adalah kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dia dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.

Di lingkungannya terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Ia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatanya dikembalikan seperti sediakal. Sang doktor itu memberi ubat berbentuk air yang dititis ke mata. Doktor tersebut berpesan kepadanya agar menggunakan ubat tersebut secara teratur. Doktor itu berpesan kepadanya: "Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mendadak dalam masa yang tidak dapat ditentukan".

Lelaki itu terus-menerus menggunakan ubat tersebut, sedang orang-orang disekelilingnya telah putus asa dari kesembuhan tersebut. Akan tetapi, sesudah ia menggunakan ubat tersebut selama beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk dihadapan rumahnya. Dia melihat seolah-olah gila kerana begitu senang dan bahagianya. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk menkhabarkan berita yang teramat menakjubkan kepada isterinya yang tercinta. Namun bagai disambar petir, dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabat baiknya yang ternyata telah menkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan permandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralih ke bilik yang lain untuk melihat anak lelakinya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak: "Ini bukanya terapi doktor. Ini adalah sihir gila." Dia pun mengambil paku dan mencongkel matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan menemukan kebahagian yang pernah ia rasakan sebelumnya.

Sunday 5 June 2011

rOh LeBIh UtaMA DariPAda JasaD!!

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada ingin berkongsi cerita yang agak menarik perhatian saya dan saya memohon kepada Allah supaya dapat menarik perhatian kalian semua untuk membaca kisah tersebut.

Suatu ketika Umar Ibnu Abdul Aziz- Yang saat intu masih menjadi khalifah- memerintahkan seseorang untuk membeli sehelai baju untuknya dengan wang sebanyak lapan dirham. Utusan itu kemudian pergi, dan setelah beberapa saat, ia kembali membawa baju yang dibeli. Umah Ibnu Abdul Aziz meletakkan tangannya di atas baju yang baru dibeli itu smabil berkata: " Alangkah lembut dan bagusnya baju ini " Lelaki yang membelikan baju itu tersenyum dan Umar bertanya kepadanya: " Mengapa engkau tersenyum? " Dia menjawab: "Kerana engkau, wahai Amirul Mukminin- sebelum menjadi khalifah-pernah memerintahku untuk membeli sehelai kain sutera. Ketika aku membelinya dengan harga seribu dirham, dan engkau meraba-raba dengan tanganmu, engkau kemudian bersungtu: " Alangkah kasarnya kain ini!! Tetapi sekarang engkau merasakan lembut pada kain yang hanya harga lapan dirham"

Umar kemudian berkata: " Aku tidak boleh menggangap orang yang membeli sehelai kain seharga seribu dirham memilik rasa takut kepada Allah." Kemudian dia  berkata: " Sesungguhnya aku memiliki jiwa yang selalu ingin naik ke tingkat yang lebih tinggi. Setiap kali aku meraih sesuatu kedudukan, aku ingin lebi daripadanya. Aku telah diangkat menjadi gabenor, aku pun ingin menjawat jawatan sebagai khalifah. Kemudian aku diangkat menjadi khalifah, aku pun ingin meraih yang lebih agunf daripada itu, iaitu syurga Allah s.w.t.

Oleh itu, saya sedikit sebanyak dapat mentafsir cerita diatas iaitu, roh adalah lebih penting kerana yang ke syurga bukan jasad tetapi roh. 

Wednesday 4 May 2011

WahAi AdaM !!!

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...

Sunday 17 April 2011

ZiNa...??..ApA iTu ZinA ???

Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al- Isra` yang bermaksud :


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan jalan yang jahat."

Jelas seperti yang dinyatakan pada ayat tersebut bahawa Allah bukan sahaja melarang hambanya daripada melakukan zina, bahkan mendekati zina juga merupakan sebuah larangan. Perbuatan apakah yang mendekati zina ???

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :


"Mata dapat berbuat zina dan zina mata adalah melihat. Telingga dapat berbuat zina dan zina telingga adalah mendengar. Lidah dapat berbuat zina dan zina lidah adalah berbicara. Tangan dapat berbuat zina dan zina tangan adalah menyentuh lelaki yang bukan mahramnya."

Disebabkan syariat Islam mengharamkan perzinaan, maka segala perkara yang menyebab manusia boleh terjerumus ke lembah perzinaan juga adalah HARAM !!!!!


Pecahan - pecahan ZINA....

1. Memandangkan mereka yang bukan mahram dengan pandangan nafsu adalah ZINA MATA,
2. Mendengar suara lembut mereka dengan nafsu adalah ZINA TELINGGA,
3. Berjalan berdekatan dengan mereka (bukan mahram) atau pergi ke tempat pertemuan adalah ZINA   KAKI,
4. Berkhayal tentang kekasih dengan perasaan sayang adalah ZINA HATI,
5. Mencium mereka (bukan mahram) adalah ZINA MULUT,
6. Menyentu mereka (bukan mahram) adalah ZINA TANGAN walaupun BERLAPIK.

Renung - renungkanlah, walaupun kita semua tidak pernah berzina, pernah kita semua melakukan salah satu daripada pecahan - pecahan zina di atas???
Jika " YA", anda belum terlambat untuk bertaubat sehinggaMalaikat Izrail datang menjemput kita semua !!!!

Saturday 16 April 2011

SiaPAkah KeKasIH Yang TercInta Itu?

Tiadalah hawa nafsu
kecuali selalu memperturutkan apa yang dibinasakan
oleh yang bersangkutan
Jika diperturutkan kemahuannya, ia akan ketagih
dan jika tidak, ia tidak menuntut.


Apakah engkau telah melihat diri sendiri dan bertanya seberapa besar engkau mencintai Rasulullah  s.a.w???


Apakah engkau menyedari bahawa bukti cinta tersebut adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan apa yang telah dilarangkan???

Perhatikan kembali perasaan kita semua dan arahkanlah perasaan kita semua mula - mula kepada Allah s.w.t. dan kemudiah kepada Rasulullah s.a.w. yang telah menyelamatkan kita dari kesesatan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Seorang itu akan dihimpunkan bersama dengan orang yang dicintainya.
( Hadis Riwayat Al - Bukhari)

Di antara bukti dan tanda pertama yang membuktikan cinta seseorang itu kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala yang diperintahkan pleh baginda. Jadi, bagaimana seseorang menganggap dirinya telah mencintai Rasulullah s.a.w., sementara dirinya sendiri melakukan perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w., tidak mengikut Sunnahnya dan tidak pula mentaati petunjuk yang dibawa oleh baginda s.a.w.

 Oleh itu, marilah kita semua renugkan apa yang diperkatakan.Apakah diri kita ini sudah mencintai Allah dan Rasulnya dengan penuh rasa cinta???.Jika tidak, buanglah segala rasa cinta kita kepada manusia yang tidak sempuna termasuk saya.

Wabilahitaufiqwalhidayah, wasalamualaikum w.b.t...

Wednesday 13 April 2011

Wanita yang melawan penindasan

Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.

Perhatikanlah nash-nash syari`at yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


Dan Allah membuat isteri firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
(Surah Ath - Tahrim: Ayat 11)

Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Aisyah r.a) sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah?
Kenapa Allah menjadikanya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin dapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memili tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan Allah) daripada menempati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya. Firaun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani semua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang  lebih kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, dimana keteguhan dan kejujuran telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al- Quran. serta menyangjung perbuatanya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...