Assalamualaikum..


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang

SalAm UkhUwaH diUcaPkN BersAmA..INSYAALLAH..

Sunday 5 June 2011

rOh LeBIh UtaMA DariPAda JasaD!!

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada ingin berkongsi cerita yang agak menarik perhatian saya dan saya memohon kepada Allah supaya dapat menarik perhatian kalian semua untuk membaca kisah tersebut.

Suatu ketika Umar Ibnu Abdul Aziz- Yang saat intu masih menjadi khalifah- memerintahkan seseorang untuk membeli sehelai baju untuknya dengan wang sebanyak lapan dirham. Utusan itu kemudian pergi, dan setelah beberapa saat, ia kembali membawa baju yang dibeli. Umah Ibnu Abdul Aziz meletakkan tangannya di atas baju yang baru dibeli itu smabil berkata: " Alangkah lembut dan bagusnya baju ini " Lelaki yang membelikan baju itu tersenyum dan Umar bertanya kepadanya: " Mengapa engkau tersenyum? " Dia menjawab: "Kerana engkau, wahai Amirul Mukminin- sebelum menjadi khalifah-pernah memerintahku untuk membeli sehelai kain sutera. Ketika aku membelinya dengan harga seribu dirham, dan engkau meraba-raba dengan tanganmu, engkau kemudian bersungtu: " Alangkah kasarnya kain ini!! Tetapi sekarang engkau merasakan lembut pada kain yang hanya harga lapan dirham"

Umar kemudian berkata: " Aku tidak boleh menggangap orang yang membeli sehelai kain seharga seribu dirham memilik rasa takut kepada Allah." Kemudian dia  berkata: " Sesungguhnya aku memiliki jiwa yang selalu ingin naik ke tingkat yang lebih tinggi. Setiap kali aku meraih sesuatu kedudukan, aku ingin lebi daripadanya. Aku telah diangkat menjadi gabenor, aku pun ingin menjawat jawatan sebagai khalifah. Kemudian aku diangkat menjadi khalifah, aku pun ingin meraih yang lebih agunf daripada itu, iaitu syurga Allah s.w.t.

Oleh itu, saya sedikit sebanyak dapat mentafsir cerita diatas iaitu, roh adalah lebih penting kerana yang ke syurga bukan jasad tetapi roh. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...